Thursday

:: bicara hati ::

Ku tanya hati 

Ku tepuk dada sendiri
Manakah hala perjalanan ku ini
Terasa sangsi masih ku belum mengerti
Ada kah aku dilanda laluan pasti

Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Apakah berita yang suci dari sempadan
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan
Bawakan doa ku terus ke takhta pangkuan

Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
Bagai kan bicara mengharapkan mengertian
Moga disusun bintang yang berselerakan 
Menjadi landasan laluan perjalanan


-----------------------------------------------------------------------------------------------

kadang2 aku mula terfikir,,ni ke jalan yang aku nak selama ni??? Fine....aku dah lakukan tugas sejauh ni,,perlu ke untuk aku hanya berada di separuh jalan?? Ok,,aku kena kuat..jangan hanya kerana satu masalah, semua beban yang aku ada ni nak kena tolak tepi....

aku kuat kerana ada mereka...mereka yang selalu banyak memberi dorongan dalam hidup ni...mereka yang tak mahu aku tersungkur di tengah jalan....mereka yang nak lihat aku berjaya dalam bidang yang aku minati...mereka yang banyak memberi pertolongan,,tunjuk ajar,,nasihat dan komen yang membina...aku kena kuat sebab mereka.....

tapi kadang2 aku juga perlukan masa...masa untuk sendirian...masa untuk lakukan perkara yang luar dari kebiasaan...sendirian memikirkan masa depan yang tak pasti...ada satu masa aku sendiri akui yang hidup aku kini hanya pada yang satu itu...aku lupa akan orang sekeliling yang ada juga kepentingan mereka sendiri terhadap diri aku ni...aku seolah2 lupa yang aku punya sahabat lain yang juga memerlukan aku....oh,,sesungguhnya aku bukan la seorang sahabat yang baik....

dah lama dah rasanya aku tak menghabiskan masa bersama mereka....mereka yang satu masa dulu menjadi teman yang selalu diajak ke mana2...aku mulai rindu akan suasana itu...mereka yang mula2 mengajar aku hidup di perantauan ni...tak adil rasanya aku biarkan mereka hanya kerana yang satu itu....LAILA,,MIZA,,ACIK,,TIE...lama dah rasanya kita tak bersama macam dulu....kalau la kita masih bersama.......

aku masih ingat lagi pesan mak abah sewaktu mula2 aku mendapat amanah ini...
pesan mak - ''mak tahu anak mak kuat..mak tahu anak mak boleh buat semua ni...mak nak,,sekali anak mak ambil amanah ni,,lakukan la yang terbaik..bukan senang kita nak mendapat kepercayaan orang...kalau orang dah percaya kat kita,,lakukan la yang terbaik..'' 
pesan abah - "jangan sia2 kan peluang yang orang dah bagi..buat yang terbaik untuk semua orang..abah percaya yang ain boleh buat semua ni...jangan cepat give up dan melatah dengan masalah yang ada..."

ain...ingatlah semua yang jadi ada hikmahnya...cubaan dan dugaan yang datang mematangkan kita...anggap la ia hanya satu dari perencah dalam hidup  kita...life must go on...percaya la kat diri sendiri...itu yang pasti...biarlah apa orang sekeliling nak cakap,,janji ain tahu apa yang ain buat....sabarla wahai hati...satu hari nanti semua ini pasti akan berakhir dengan tanpa ada sebarang kekesalan....


** memerlukan waktu untuk sendirian...jauh dari suasana kampus...
** kuatkan la hati ku YA ALLAH...


2 comments:

  1. nama aku xde......!!!sampai hati u...!!=(

    ReplyDelete
  2. cha,,sahabat2 lain means kwn2 ak yg de kt usm ni k??nk touching plk...grrr~~

    ReplyDelete